25 March 2014

Amazing Housekeeping Toolbox !!

Assalamualaikum dan selamat petang readers .. Maaf lama tak update .. Taknak mukadimah panjang2 sebab entri kali nih fokus kepada final projek yang kumpulan eza usahakan. Seperti yang anda sedia tahu entri nih eza buat khas untuk memeperkenalkan dan mempromosikan produk inovasi kami.
Gambar2 dekat atas itu adalah sebahagian daripada barangan yang ada dalam Amazing Housekeeping Toolbox. Wokeyh ! Mesti anda semua tertanya-tanya kan apa itu Amazing Housekeeping Toolbox. Amazing Housekeeping Toolbox adalah kelengkapan peralatan membersih dan mengemas di bahagian 'housekeeping' . Amazing Housekeeping toolbox nih dilengkapi dengan penyapu kitar semula PET,Smart Trolley, Berus kitar semula PET, Kain pengelap kiatr semula dan juga multi-purpose detergent. Sesuai dengan tema 'go green' , asas setiap produk ini adalah daripada bahan-bahan terbuang atau terpakai seperti botol-botol, tin dan juga pakaian lama. Kesimpulannya , Amazing Housekeeping Toolbox ini senang dan mudah dibawa ke mana sahaja malah dapat menjimatkan masa dan tenaga kepada penggunanya. Tambahan pula , kita dapat mengurangkan pembuangan bahan-bahan terpakai seterusnya dapat menghijaukan dan memakmurkan negara kita. Sekarang mesti anda semua dah fahamkan serba-sikit tentang produk yang kami hasilkan. Kalau anda dah faham , sila lah beri sokongan kepada produk kami dengan memberi komen yang seikhlasnya. Sampai sini saja entri kali nih . Maaf atas segala kesulitan dari pihak kami. Terima kasih .

No comments:

Post a Comment